Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

(10 Gambar)Bolos Dari Penjara Ala Filem 'Shawshank Redemption'





Kedua-dua penjenayah tersebut yang sel mereka bersebelahan meloloskan diri dengan cara...









Polis New York melakukan pencarian secara besar-besaran untuk dua pesalah yang berjaya melarikan diri dari penjara.




Kedua-dua
penjenayah tersebut yang sel mereka bersebelahan meloloskan diri dengan
cara membuat lubang dibelakang sel mereka  selain sempat meninggalkan
tulisan 'have a nice day' untuk pengawal penjara. 




Yang
peliknya, kedua pesalah ini menggunakan alat gerudi elektrik bagi
membuat lubang pada tembok paip pemanas. Jalan ini yang membuatkan
mereka berhasil menembusi bahagian dalam terowong dalam penjara dan
keluar melalui penutup lubang di jalanan.




Sama
seperti aksi didalam filem Shawshank Redemption, mereka berjaya
mengaburi mata penjaga penjara dengan menggali lubang serta menggerudi
tanpa mengetahuan ramai. Namun tidak diketahui berapa lama mereka sudah
membuat rancangan untuk keluar.





Polis New York tidak menolak pembebasan mereka ada kaitan dengan bantuan dalaman dan polis giat menjalankan siasat lanjutan.




Kedua-dua
penjenayah tersebut sangat berbahaya kepada publik kerana jenayah yang
mereka lakukan  meliputi bunuh, rogol, rompakan dan rompakan bersenjata.
-LadyLista.














sumber foto: www.syracuse.com





(10 Gambar)Bolos Dari Penjara Ala Filem 'Shawshank Redemption'

Post a Comment for "(10 Gambar)Bolos Dari Penjara Ala Filem 'Shawshank Redemption'"